Assalamualaikum semua… situasi keenam ini berlaku semasa saya dan teman saya Sally ingin mengambil wang di mesin ATM dekat Bitarasiswa.
Gambar hiasan.
Keadaan pada masa tersebut tidaklah terlalu ramai. Kemudian masuk seorang lelaki dan disusuli oleh kami berdua. Kami bersembang seperti biasa dan tidak semena-mena lelaki tersebut seperti menegur teman saya. Tegurannya amat pelik, mungkin untuk menarik perhatian orang yang berada di situ. Tegurannya itu seperti apabila kita tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh teman kita secara automatiknya kita akan menyebut "ha" kan. Begitulah maksud yang ingin saya sampaikan.
Lelaki : Ha…ha…ha…ha…ha..( Bukan merujuk kepada ketawa)
Teman saya menoleh kerana mengingatkan lelaki tersebut bercakap dengannya. Tetapi lelaki tersebut dengan muka tidak bersalahnya membuat tidak tahu sahaja. Kemudian lelaki tersebut mengulangi perbuatannya. Semasa kejadian tersebut saya rasa lelaki tersebut seperti tidak waras. Selain itu, lelaki tersebut juga mengganggu dengan membuat bunyi perkataan yang di tulis di atas tersebut kepada perempuan-perempuan yang berada di hadapannya.
Pada pendapat saya, adalah tidak sesuai sekiranya ingin menegur orang dengan cara tersebut kerana boleh menyebabkan orang salah anggap terhadap kita walaupun dengan niat untuk mengusik. Bagi saya, sekiranya lelaki tersebut ingin menarik perhatian perempuan-perempuan yang berada di situ, dia haruslah melakukannya dengan cara yang berhemah dan menegur dengan cara yang betul. Mungkin lelaki tersebut telah terbiasa berbuat demikian sehinggakan dia sudah tidak boleh meninggalkan tabiat tersebut. Lelaki tersebut boleh memulakan perbualan dengan cara yang lain dan tidak membuatkan orang lain merasa takut . Oleh itu, kita haruslah berbahasa dengan baik sekiranya ingin berbual atau menegur orang lain. Penggunaan bahasa yang baik memberikan pandangan yang baik terhadap diri kita. Dengan ini orang akan lebih menghormati kita dan kita juga dapat mempraktikkan diri kita menggunakan bahasa yang baik. InsyaAllah...
Mat Ha Ha Ha~
0 comments:
Post a Comment