Thursday, March 17, 2011

Ucapan Penghargaan~

Assalamualaikum…

Akhirnya, saya telah berjaya menyiapkan  diari 40 situasi yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat. Jutaan terima kasih buat Dr Saniah Bt Abu Bakar yang memberikan kesempatan kepada kami pelajar BML3073 Sosiolinguitik untuk menghasilkan blog ini. Kini, saya dapat rasakan keseronokan dalam bidang penulisan blog. Walaupun pada awalnya, saya kurang bersetuju apabila diminta menghasilkan sebuah blog untuk tugasan ini.  Oleh itu, terima kasih juga saya titipkan buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menghasilkan blog ini.  




Terima kasih kawan-kawan.

Wednesday, March 16, 2011

Situasi 40 : Alih Bahasa~

Assalamualaikum…
Tiba-tiba saya teringatkan kartun yang pernah saya tonton bersama anak saudara saya. Kartun tersebut  merupakan kisah keluarga gajah yang bertajuk  Jumbo Gajah Biru. Saya rasa kartun tersebut sangat  menarik untuk di tonton oleh kanak-kanak. Di sini saya sertakan sinopsis cerita tersebut :

“Setelah berakhirnya pertempuran gajah terkenal, yang berani dan berjaya Jumbo menjadi gajah kerajaan untuk Raja Naresuan The Great. Luna, isteri tercinta mempunyai rahsia yang tak terungkap. Dia sekarang hamil dan bermaksud untuk kembali ke Hin Bagaimana Desa untuk melahirkan. Tanpa diduga pasukan Hongsawadee diterobos dan menghancurkan desa, menangkap semua penduduk kampung termasuk keluarga Jumbo. Dia sekarang harus memilih antara menyelamatkan nyawa orang yang dicintainya dan meninggalkan tanggungjawab tentera atau tetap berjuang untuk negara dan kehilangan orang yang dicintainya selamanya”.

Sebenarnya kartun tersebut merupakan kartun dari Thailand dan telah dialih bahasa kepada bahasa Melayu. Jalan ceritanya yang menarik dan mempunyai banyak nilai yang boleh diambil sesuai di tonton oleh semua golongan. Disebabkan cerita ini telah di alih bahasa maka, kanak-kanak yang masih belum tahu membaca dapat menontonnya. Kebaikan alih bahasa ini adalah dapat membantu kanak-kanak  menguasai bahasa Melayu dan dapat menambah kosa kata baru semasa menonton. Mereka bukan sahaja dapat  memahami jalan cerita bahkan boleh mengaplikasikan perkataan-perkataan baru. Bagi saya, alih bahasa cerita asing merupakan salah satu cara terbaik untuk memartabatkan bahasa Melayu dan membolehkan masyarakat lebih menghargai bahasa kebangsaan khususnya kepada masyarakat Cina, India dan lain-lain yang tidak mahir berbahasa Melayu. Terdapat banyak lagi kartun, drama yang telah di alih bahasa kepada bahasa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh kesedaran pihak-pihak tertentu dalam memartabatkan bahasa Melayu.




Dialog anak saudara saya :

"Abah gajah wane biru, mama gajah wane pink, adik gajah kecik.."





p/s :Saya cadangkan untuk anda menonton di Youtube sahaja kerana lagu di blog tidak boleh di hentikan. Harap maaf.


Situasi 39 : Next,Next,Next,Next~

Assalamualaikum…

Penggunaan perkataan Inggeris  merupakan suatu belenggu masalah yang sukar dihakis. Hal ini kerana penggunaannya sudah sebati dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Biar pun di mana sahaja kita berada penggunaan bahasa Inggeris sering kita dengar dan perhatikan. Contohnya, penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar universiti itu sendiri. Saya mengambil contoh semasa pembentangan tugasan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan pada hari ini. Rata-ratanya akan menggunakan bahasa Inggeris walaupun sedikit. Antara perkataan yang sering digunakan adalah “next” untuk memberikan arahan kepada rakannya yang menjaga  paparan  untuk meneruskan pembentangan. Perkara ini merupakan perkara sinonim yang akan berlaku dalam setiap pembentangan yang dijalankan. Selain itu, penggunaan “ next “ ini juga digunakan untuk memanggil kumpulan seterusnya untuk membentang. Pada pendapat saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang pelajar Pendidikan Bahasa Melayu kita seharusnya sedar dan tahu mengaplikasikan bahasa Melayu dalam setiap perkara yang dilakukan. Adakah susah untuk menyebut “seterusnya” bagi menggantikan perkataan “next”. Bagi saya, bukan susah untuk menyebut yang menjadi persoalannya tetapi kerana telah terbiasa dan menjadi tabiat yang sukar untuk diubah. Oleh itu, sama-samalah kita memperjuangkan bahasa Melayu  dan menggunakan setiap perkataan bahasa Melayu yang ada untuk menggantikan perkataan-perkataan Inggeris yang selalu digunakan oleh kita.

InsyaAllah…


Tuesday, March 15, 2011

Situasi 38: Menatang?

Assalamualaikum….

“Weh menatang apa nih?”
“Bukan binatang la ni klip tudung la”


“Ooh… Ingatkan menatang yang bleh sepit kat rambut, tengok comei-comei ja”.
“Ish Ko ni… Bukan binatang la…benda nih…”


"Bila masa aku kata binatang, aku kata menatang ni ni ( sambil menunjukkan klip tersebut)"
"Ooo...Ko cakap la benda ni janganla cakap menatang ni mana aku tau"
"Hahhaha...ok...ok"

Bagi masyarakat di utara ataupun Kedah, kami sering menyebut sesuatu benda itu dengan menggunakan perkataan “menatang”. Saya pun kurang pasti mengapa “menatang” digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda atau apa sahaja. Hal ini boleh menyebabkan kekeliruan apabila bercakap sedemikan di hadapan rakan-rakan yang berada di negeri lain. Apa yang saya ingin tekankan di sini, dialek merupakan sesuatu yang unik dan sungguh menarik. Penggunaan dialek dalam kalangan mahasiswa di UPSI sangat ketara contohnya negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan sebagainya. 
Ada baik jika kita menggunakan dialek secara tidak langsung kita boleh mempelajari dialek daerah lain yang membolehkan kita memahami apa yang dibiacarakan. Selain itu, penggunaan dialek juga haruslah sesuai dengan masa dan tempatnya. Janganlah kita gunakan dialek dalam situasi yang formal dan boleh menyebabkan kekeliruan terhadap apa yang ingin disampaikan. Kadang kala penggunaan dialek ini boleh mengelirukan kerana mempunyai makna yang berbeza mengikut negeri.
 Contohnya ialah perkataan “anu” yang sering disebut oleh rakyat Johor. Bagi negeri Kedah iaitu negeri kelahiran saya “anu” bermaksud alat sulit lelaki. Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya kitra tidak tahu maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang itu. Oleh itu, kita seharusnya berbangga dengan dialek negeri masing-masing kerana mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Situasi 37 : Aku Jerit Kau Pun Jerit ~

Assalamualaikum…

Saya terpanggil  untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa tidak wajar kita sebagai seorang bakal guru melakukan hal yang sedemikian. Apa yang ingin saya kongsikan adalah budaya menjerit-jerit memanggil rakan. Jeritannya itu boleh didengari di seluruh blok. Dia berada di tingkat atas manakala rakannya tersebut berasa satu aras dengan saya. Jeritannya yang sangat kuat menyebabkan orang lain mungkin terkejut dan menyebabkan mengganggu orang lain yang mungkin sedang tidur atau membuat tugasan.  Jeritannya itu sering berbunyi seperti ini:

“Nadia….!!!! Nadia…!!! Oiii Ko dengar x aku panggil”
“Woi… Aku dengar la nape”
“Bla…Bla…Bla…”


Mereka bersembang-sembang dengan seornag berada di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah. Suara mereka sungguh bising dan kadang kala menimbulkan kemarahan orang lain. Pada pendapat saya, sekiranya kita ingin bersembang atau bertanyakan sesuatu pergilah ke bilik atau ke rumah bukannya menjerit seperti terkena histeria. Ia merupakan suatu perbuatan yang tidak sopan sebagai seorang perempuan untuk menjerit-jerit sebegitu rupa. Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak sopan tetapi menunjukkan bahawa kita tidak tahu menghormati orang lain dan tidak beradab. 
Sudahlah bercakap dengan kuat, bahasa yang digunakan juga kadang kala sangat kasar tidak menunjukkan sifat keperempuanan dan kurang sopan. Bagi pendapat saya juga, budaya ini sebenarnya terdapat di mana-mana sahaja dan bukan sahaja berlaku di sini iaitu Kolej Harun Aminurrashid. Di sini saya bukanlah ingin memburukkan sesiapa namun perbuatan yang dilakukan tersebut sangat melampau dan mengganggu orang lain. Oleh itu, sebagai seorang guru  kita haruslah mempunyai sikap-sikap yang baik dan sopan kerana kita akan menjadi model terbaik untuk pelajar kita kelak.
 InsyaAllah…

Monday, March 14, 2011

Situasi 36 : Bahasa Kanak-Kanak~

Assalamualaikum..
Situasi seterusnya berkaitan dengan anak saudara saya iaitu Afif. Walaupun umurnya sudah menjangkau 4 tahun namun percakapannya masih lagi pelat. Namun begitu, dia seorang yang suka bertanya. Semasa kami ke Alor Star, kami akan melalui tol dan setiap tol yang kami berhenti dia kan bertanya :

“ Ape ni abah?’
‘Nape…Nape.. Abah bagi die duit?”
“Maksu tu ape tu?”
“Maksu ade game tak?”
“Tokwan nak pegi mane tu…adik nak itot”

Bermacam-macam perkara lagi yang sering ditanya olehnya.  Sememangnya kita sebagai orang yang tua daripada mereka perlu melayan setiap pertanyaan kerana hal ini dapat menambahkan pengetahuan dan kosa kata kanak-kanak tersebut. Selain itu, kita seharusnya bercakap dengan kanak-kanak yang pelat ini dengan menggunakan perkataan yang penuh dan bukannya mengikut cara kanak-kanak itu bercakap. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut lambat untuk bercakap dengan betul. Oleh itu, sekiranya kita mempunyai anak saudara atau anak sendiri sekalipun janganlah kita mengikut mereka bercakap pelat kerana akan menyebabkan mereka tidak belajar untuk bercakap secara betul. Sikap sering bertanya ini akan berterusan sehingga kita dewasa dan seharusnya kita menggalakkan mereka untuk bertanya sesuatu yang mereka tidak tahu. Oleh itu, gunakanlah bahasa Melayu yang betul sebutannya terhadap kanak-kanak supaya kosa kata dalam  otak mereka bertambah.  

Situasi 35 : SITI & PROTON~

Assalamualaikum…

Pada minggu lepas di Taman Bernam, saya dan beberapa rakan yang baru sahaja tamat kelas EDU menaiki bas untuk ke kampus.  Kelakarnya apabila bas tersebut meletakkan tanda di cerminnya yang berbunyi “PROTON SITI”. Hal ini menyebabkan kami ketawa kerana berasa sungguh lucu dengan tanda nama yang dipaparkan di hadapan bas tersebut. Tanda tersebut boleh membawa maksud PROTON itu SITI yang punya. Saya rasa Pak Cik bas tersebut sengaja meletakkan tanda sedemikian untuk kelihatan lain atau ingin melakukan sesuatu yang lucu. Bagi saya, setiap ejaan haruslah dieja dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada umum. Sepatutnya Pak Cik tersebut mengeja dengan betul iaitu “PROTON CITY” atau dia boleh menggunakan bahasa Melayu iaitu “ BANDAR PROTON” . Pada pendapat saya,  pak cik pemandu bas tesebut sengaja mengeja sedemikian dan bukannya tidak tahu mengeja perkataan “CITY” tersebut untuk menarik perhtian pelajar dan merasakan ia sesuatu yang lucu. Jadi, penggunaan bahasa MElayu lebih daripada menggunakan bahasa Inggeris. 

BAHASA JIWA BANGSA

Situasi 34 : Tetapan atau Setting?

Assalamualaikum…



Situasi seterusnya merupakan situasi yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Saya rasa semua orang di dalam dunia ini mempunyai telefon bimbit. Telefon bimbit merupakan asset yang paling penting dewasa ini. Kegunaannya saya kira lebih penting kerana melaluinya kita boleh memanggil rakan atau saudara dari mana sahaja tanpa perlu bersusah payah mencari telefon awam. Namun begitu adakah kita sedar bahasa yang digunakan di dalam telefon bimbit kita?.
 Berapa orangkah daripada kita menggunakan tetapan bahasa Melayu dalam telefon bimbitnya. Saya rasa ramai di antara kita yang menggunakan tetapan dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana saya sendiri juga menggunakan tetapan telefon saya dalam bahasa Inggeris. Saya pernah bertanyakan hal ini kepada rakan-rakan saya dan rata-rata menjawab mereka sukar memahami sekiranya tetapan telefon bimbit mereka bahasa Melayu dan saya akui saya juga berasa kurang selesa sekiranya mengubah tetapan telefon bimbit saya kepada bahasa Melayu. 
Hal ini kerana sejak awal lagi kita menggunakan tetapan bahasa Inggeris dan menyebabkan kita telah terbiasa dengan tetapan tersebut dan sekiranya sejak dari awal kita menggunakan tetapan bahasa Melayu tiada alasan untuk tidak memahami tetapan bahasa Melayu. Oleh itu, tidak salah kiranya kita cuba membiasakan diri dengan tetapan bahasa Melayu supaya kita boleh memartabatkan bahasa kita. Berbanggalah dengan bahasa kita yang merupakan satu bahasa yang sungguh indah.
 InsyaAllah.


Sekadar gambar hiasan.

Situasi 33: Gelagat Peniaga Pasar~

Assalamualaikum…
Pernahkah kita melihat peniaga di pasar berniaga. Jawapannya sudah tentu kita pernah melihatnya bukan. Sangat menarik kiranya kita pergi ke pasar untuk melihat suasana pasar yang sungguh meriah dengan pekikan-pekikan peniaga yang menjual pelbagai jenis bahan dan barangan seperti ikan, ayam, buah, sayur dan sebagainya. Kadang kala gelagat peniaga ini boleh menimbulkan kelucuan terhadap pembeli yang ingin membeli. Pelbagai cara pemujukan yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli antaranya ialah dengan harga yang rendah serta memberikan info tentang barangan yang ingin dijual serta memuji barangan yang dijualnya. Contoh ayat yang sering digunakan adalah seperti berikut :

“Kak mai beli kak…murah…murah… buah segar ni kak…”
“ 3kilo sepuluh ringgit…3 kilo sepuluh ringgit… mai bang mai beli ikan ni bang baru naek dari laut ini”
“ Kak cantik mai la tengok ikan ni segar-segar ni kak… ikan baru ni…”
“mai beli… mai beli…mai beli….tak beli rugi… mai beli mai beli…murah…murah”




Bahasa yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli sangat menarik dan kadang kala Berjaya menarik perhatian pembeli untuk membeli. Bahasa yang digunakan adalah bahasa pemujukan. Bahasa ini menjadi sinonim  kepada penjual-penjual tidak kiralah penjual di pasar, pasaraya mahupun penjual dari rumah ke rumah. Semuanya mempunyai kepakaran dalam memujuk pembeli untuk membeli. Variasi penggunaan bahasa menunjukkan bahawa bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita seharusnya berbangga dengan bahasa kita.
BAHASA JIWA BANGSA

Situasi 32 : Bahasa SMS, FB dan YM~

Assalamualaikum…



Bahasa SMS, Facebook, YM??. Saya pasti kita semua tahu apa yang di maksudkan dengan bahasa SMS, FB dan YM ini. Bahasa yang digunakan sepertimana yang kita ketahui berbeza dengan bahasa Melayu yang sebenar. Remaja-remaja malahan kanak-kanak juga sering menggunakan bahasa ini dalam bahasa seharian kita sehinggakan di dalam karangan di sekolah juga mereka menggunakan kata-kata berbentuk singkatan dan lemah dari segi susunan tatabahasa dan juga membentuk ayat. Contoh bahasa SMS, FB dan YM adalah seperti berikut :

Nak ,Ko, Apsal, Tah, Kew, Xnak, Uat, Balak ,Awek, Jap g, Xhingin ak

"aq xbley blah ngan dier,aq skunk borink kat dier,x lma agi nk rejek dier”
“xmo ler,aq wat dono jek,aq bowink trus aq woff hp

 Saya faham kiranya bahasa singkatan digunakan dalam SMS yang menghadkan patah perkataan yang ingin ditulis. Namun bagaimana dengan laman sosial yang tidak pernah menghadkan jumpah patah perkataan yang kita ingin tulis. Jadi ia bukanlah alasan untuk menulis dengan manggunkan bahasa singkatan. Terdapat banyak lagi bahasa singkatan yang digunakan yang kadangkala tidak dapat difahami. Hal ini kerana  bahasa singkatan ini juga mengikut peringkat umur  dan persekitaran serta menyebabkan ejaan secara singkatan ini berbeza. Penggunaan bahasa singakatan dalam laman sosial dan telefon bimbit ini merupakan gejala yang perlu dihapuskan sama sekali bagi memastikan bahasa Melayu tidak ditinggalkan oleh golongan remaja.  Penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa menyebabkan bangsa Melayu itu sendiri tidak tahu mengeja perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu dengan betul disebabkan oleh terbiasa dengan budaya bahasa singkatan. Oleh itu, perlu kita ketahui bahawa bahasa singkatan ini merupakan barah yang telah menular dalam kalangan masyarakat kita. Kita seharusnya berubah supaya bahasa Melayu menjadi bahasa utama kita dalam kehidupan seharian. InsyaAllah…


Sunday, March 13, 2011

Situasi 31 : Berebut Bas~

Assalamualaikum..

Situasi seterusnya berkaitan dengan bas. Kenapa dengan bas?. Di sini saya ingin menceritakan bagaimana situasi berebut bas boleh menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. 
Contohnya :
“Woi, bodoh ko nak tolak-tolak kenape?”
“ Sakit la bengong!!”
“ Yang depan tu terhegeh-hegeh kenapa… cepat la sikit”.
“ Sakit la… janganla tolak kuat sangat bongok betul”.



Itu adalah antara dialog-dialog yang sering keluar semasa kita berebut bas. Saya pasti kamu semua pernah berebut bas walaupun sekali bukan. Berebut bas merupakan perkara yang tidak sopan dan tidak elok. Hal ini kerana bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan malah boleh menyebabkan kita bermasam muka dengan kawan-kawan yang kita kenali kerana kata-kata yang kurang enak di dengar kelaur daripada mulut kita. Dialog-dialog yang saya tunjukkan tersebut sebenarnya amat kasar dan tidak sesuai  digunakn oleh kita yang merupakan masayarakat yang mementingkan kehalusan berbahasa. Oleh itu, kita sebgai rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan bersopan santun, tidak salah kiranya kita beratur untuk menaiki bas. Hal ini bukan sahaja mempercepatkan proses menaiki bas bahkan tiada siapa yang sakit akibat ditolak dan tiada yang bermasam muka.
 InsyaAllah…

Contohilah kanak-kanak ini.

Tuesday, March 8, 2011

Situasi 30 : Giler~

Assalamualaikum…

Situasi ini pula berlaku semasa saya meneman salah seorang teman saya untuk mengambil duit di mesin ATM Kolej Harun Aminurrashid. Mesin ATM tersebut merupakan satu-satunya mesin ATM yang terdapat di KHAR untuk kegunaan penghuni KHAR dan juga KUO. Oleh itu, kami terpaksa beratur untuk mengambil duit daripada mesin berkenaan. Semasa berbual dengan rakan saya, kami terpandang sebuah motosikal. Kemudian rakan saya telah mengeluarkan satu ucapan yang agak lucu bagi saya iaitu :

A : Giler besar moto tu…


Gambar motor yang lebih kurang sama dengan motor yang diceritakan di atas.

Apabila diperhatikan, ayat tersebut merupakan salah satu ayat yang salah daripada segi susunan tatabahasanya. Selain itu juga, dia juga menggunakan dua kata adjektif dalam satu ayat iaitu ‘besar’ dan ‘gila’. ‘Giler’ di sini adalah untuk menegaskan betapa besarnya moto tersebut bagi pandangan matanya, maka giler digunakan untuk memberi penegasan terhadap besar moto tersebut. Selain itu, dalam kehidupan harian kita, perkataan ‘gila’ sering kita gunakan. Contohnya :

Gemuk gila.
Manis gila.
Tinggi gila.
Penat gila.

Terdapat banyak lagi penggunaan perkataan ‘gila’  ini dalam kehidupan harian kita dan itu hanyalah sebahagianya sahaja. Oleh itu, pada pendapat saya kita tidak seharusnya menggunakan perkataan ‘gila’ tersebut untuk menunjukkan darjah yang paling tinggi dalam sesuatu perkara. Sebagai seorang yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa harian, seharusnya kita lebih sensitive dalam penggunaannya. Kita tidak seharusnya menokok-tambah kepada sesuatu yang bukan berada ditempatnya. oleh hal yang demikian, kita haruslah belajar menggunakan bahasa Melayu secara betul dan baik dalam kehidupan seharian kita. Tidak salah kiranya kita mencuba sesuatu yang baik untuk  kebaikan generasi yang akan datang. 
InsyaAllah…

Monday, March 7, 2011

Situasi 29 : Pinjam Sebatang Pen~

Assalamualikum..

Situasi seterusnya berlaku di dalam kelas Keterampilan Penulis. Kelas ini merupakan kelas bagi subjek minor Kesusasteraan Melayu. Situasi ini berlaku apabila saya meminjam sebatang pen daripada salah seorang rakan sekelas. Selepas menggunakan pen tersebut saya mengembalikan pen tersebut dan mengucapkan “Thank You”
Gambar hiasan.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian menjadi kebiasaan yang kadang kala sukar untuk diubah. “ Thank You” terbit secara spontan semasa saya memberikan pen tersebut. Ini jelas menunjukkan pengaruh bahasa Inggeris semakin berleluasa. 
Tidak salah menggunakan bahasa Inggeris tetapi penggunaannya haruslah bersesuaian dan bukannya mencampurkannya dalam bahasa Melayu yang kita gunakan sebagai bahasa kebangsaan kita. Selain “Thank You”, penggunaan kata ganti nama “I dan You” juga menjadi satu kelaziman bagi sesetengah golongan masyarakat dan tanpa segan silu merojakkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Hal ini jelas menunjukkan betapa kurangnya semangat masyarakat kita untuk memartabatkan bahasa Melayu. Bagi mereka bahasa Melayu tidak sesuai digunakan untuk urusan seharian mereka. Bagi mereka-mereka yang berfikiran begini ingatlah asal-usul anda dan di mana bumi anda berpijak. Janganlah kita korbankan bahasa Melayu dengan mengagungkan bahasa asing.
 InsyaAllah..

Gambar yang tiada kaitan.

Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita.. 

Situasi 28 : Pekak + Badak~

Assalamualaikum…

A : B…B…( Dengan nada yang agak kuat)
B : (Masih leka memilih tudung)
A : B… Oiiii… Pekak badak betulla…

pekak
+
badak
=
PEKAK BADAK


Di atas merupakan antara dialog yang di dengari oleh saya semasa saya bersama rakan berjalan-jalan di  Pesta Buku ( tetapi lebih banyak gerai yang menjual tudung, selendang dan baju). Dialog ini diucapkan oleh seorang perempuan ketika ingin memanggil rakannya. Dia menggunakan perkataan “pekak badak” yang saya pun kurang pasti mengapa badak dikaitkan dengan pekak. Pekak badak sering diucapkan oleh golongan masyarakat tidak kiralah tua, muda mahupun kanak-kanak.
 Perkataan ini telah bertapak dalam kehidupan harian masyarakat kita sudah lama dan juga semakin sebati dengan bahasa kita. Bagi masyarakat di Kedah perkataan pekak badak sememangnya perkataan yang sering digunakan dan saya kurang pasti di negeri-negeri yang lain. Sebenarnya pekak badak merujuk kepada seseorang yang tidak dengar apabila di panggil (menurut kefahaman saya). Pada pendapat saya, “ pekak badak” merupakan suatu ucapan yang agak kasar dan tidak seharusnya digunakan kerana boleh menyebabkan seseorang itu terasa hati. Oleh itu, molek kiranya kita menggunakan perkataan-perkataan yang lebih halus dan sesuai untuk merujuk kepada sesuatu perbuatan. InsyaAllah…

Sekadar hiburan.

Sunday, March 6, 2011

Situasi 27 : Penceramah Ustaz Akhil Hayy~

Assalamualaikum…



Baru sahaja selepas mendengar ceramah daripada Ustaz Akhil Hayy. Banyak input yang boleh  diambil daripada ceramah beliau. Apa yang saya dapat lihat daripada penyampaian ceramah beliau adalah beliau pandai menarik perhatian golongan muda untuk mendengar ceramah beliau. Beliau sering memuatkan isu-isu semasa dalam ceramah yang disampaikan. Selain itu juga, beliau sering menarik perhatian pendengar dengan suara beliau yang lunak. . Bahasa yang digunakan dalam ceramah lebih kepada bahasa yang mudah difahami oleh golongan remaja sekarang.
Baiklah, di sini saya bukanlah hendak menceritakan perihal Ustaz Akhil Hayy tetapi tentang isi ceramah yang berkaitan dengan situasi yang akan saya bincangkan. Pada suatu ketika saya mendengar beliau menyebut “ Sampai terbelit-belit lidah saya”. Inilah yang ingin saya bicarakan dalam situasi ke -27 ini. Saya pasti ada antara kita juga sering menyebut ayat tersebut. Hal ini berlaku disebabkan oleh terlalu banyak bercakap dengan menggunakan perkataan yang lebih kurang sama seperti :

                Jali janji jumpa Jun juga Jaja jadi jangan jual jagung .

Ayat tersebut boleh menyebabkan kita terbelit lidah. Hal ini kerana penggunaan huruf awalan yang sama dan menyebabkan kita sukar untuk menyebutnya dengan cepat. Pada pendapat saya juga, ayat tersebut dapat menambahkan kecekapan kita dalam berbicara. Saya masih ingin semasa di sekolah menengah, saya dan rakan-rakan seringkali mencipta ayat begini dan cuba menyebutnya dengan cepat. Oleh itu, walau bagaimanapun kita berbahasa, kita seharusnya tahu adab berbahasa itu sendiri dan tidak seharusnya kita mencampur-adukkan bahasa Melayu kita dengan bahasa-bahasa asing yang boleh menyebabkan bahasa Melayu menjadi semakin kebelakang. InsyaAllah…

Friday, March 4, 2011

Situasi 26 : Golongan Lelaki Lembut~

Assalamualaikum kawan-kawan…

Pernahkah kita bertemu dengan pondan, bapok, maknyah atau lelaki lembut?. Saya berpendapat sudah tentu anda pernah bertemu dan mungkin ada di antara kita yang berkawan dengan golongan-golongan ini. Golongan ini merupakan golongan yang berperwatakan lembut dan seperti wanita. Bukan sikap dan pakaian mereka yang ingin saya bincangkan tetapi bahasa yang digunakan mereka bersama golongan-golongan sesame mereka dan juga dengan orang lain juga. Saya juga sering mendengar golongan-golongan ini berbual dan juga bersembang di laman social Facebook. Mereka menggunakan bahasa yang tersendiri dan kadang-kadang saya merasa hairan bagaimana perkataan-perkataan yang mereka gunakan itu wujud. Pelbagai perkataan yang digunakan untuk sesuatu perkara atau benda. Setelah saya mencari di Google, terdapat begitu banyak perkataan lain yang sering digunakan oleh golongan ini. Selama ini saya hanya mengetahui perkataan “nok”,”mak”,”uolss” dan banyak lagi. Di sini saya lampirkan contoh-contoh perkataan lain yang sering digunakan oleh mereka.



menjalang - berlayar 
anak ikan - lelaki muda

askoke - askar
clust taraf - tinggi
muskuls - berotot
merasa - rasakan
dragoon - berpakaian wanita
mak/iols/hem - saya
sheols - dia (perempuan)
heols - dia (lelaki)
melertz - meletup
gurik senja - pondan tua
chantek/santek - cantik
charutan - mengejek
ittew - itu
innew - ini
gittew - gitu
 vogi - anggun
vass - hebat, dahsyat
kekwat - sombong
gayah - homoseksual/gay
veryder - sangat
tacap - bersolek
kaedahnya - bagaimanapun
katanya - fakta
over - melampau
sesuatuh - menimbulkan syak
sesuwei/sesowei - sesuai
apom - rogol
sentap - terasa

dinch - tidak
ado - hodoh
nan ado - tidak berfungsi 


gittew - gitu

can-do/can-dew - boleh tahan
vley? - boleh?
sinnew - sini
sittew - sana
bagai - dan lain-lain
segala - semua
hokey - baiklah
taw - tau
feeling2 - perasan
gigih - rajin
felda - kekampungan
sendu - sedih
nonoks - pondan-pondan
kertu - tua
lentis - melentik
hansi - buruk
fonen - pondan
choi - celaka
uols - engkau
motif - kenapa
harus - harus/wajib
deyols - mereka
cikki/kiki/lala/pepuks - wanita
jah/jork/sajork - sahaja
noks - kak
gorgonz - kacak
hanjeng - anjing
vranganz - berangan
gerdus - gersang
koser - kuasa





Pada pendapat saya, perkataan-perkataan yang saya nyatakan tersebut sebanarnya akan menyebabkan bahasa Melayu itu akan bercampur dengan bahasa-bahasa yang sedemikian. Hal ini boleh memberikan kesan kepada generasi yang akan datang kerana tidak tahu membezakan bahasa Melayu yang betul dengan bahasa basahan, bahasa pasar dan juga bahasa-bahasa yang direka ini. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya tahu menghargai bahasa kebangsaan kita kerana bahasa menunjukkan bangsa itu sendiri. InsyaAllah..



Thursday, March 3, 2011

Situasi 25 : Dari Kelantan~

Assalamualaikum…

Terdapat pelbagai jenis dialek di Malaysia antaranya dialek Kedah, dialek Kelantan, dialek Sabah, dialek Sarawak dan banyak lagi. Dialek merupakan sesuatu yang sangat unik dan seronok apabila kita mengetahui  dialek sesuatu daerah, negeri dan sebagainya. Sebagai seorang yang berasal daripada Kedah sudah tentu saya kurang memahami dialek-dialek lain. Namun begitu, saya masih dapat memahami apa yang diperkatakan oleh mereka yang mempunyai dialek yang pekat. Ada antara  penutur-penutur dialek ini sukar untuk membuang dialek mereka semasa berbual dengan orang luar yang mempunyai dialek yang berlainan. Begitu juga saya yang mempunyai teman sebilik yang berasal daripada Kelantan. Dialek yang digunakan pekat dan dia juga tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul (bahasa luar) semasa berbual dengan saya. Seringkali saya akan menyuruhnya mengulang  perkataan yang diperkatakan olehnya. Contohnya :

                Kak Ina make doh ko?
                Jange kelik lambat-lambat..
                Jangoknyo demo..
                Demo nok g mano..
                Yak… Agah teh dio..
                Smartnyo gewe demo..

Walaupun ada perkataan yang bagi saya sangat pelik dan lain namun ia sangat unik jika difikir-fikirkan semula. Hal ini kerana bahasa kadangkala melambangkan sesuatu bangsa dan juga tempat itu sendiri. Bagi saya, tidak salah kiranya kita untuk bertutur menggunakan dialek daerah masing-masing kerana ia melambangkan keunikan bahasa itu sendiri. Selain itu, ia dapat menambahkan kosa kata saya dan seterusnya nanti mungkin saya dapat bertutur dalam dialek Kelantan dengan baik. InsyaAllah…

Situasi 24 : Adab dan Sopan~

Assalamualaikum..
Setelah beberapa hari tidak menulis di blog ini, begitu banyak situasi yang ingin saya ceritakan yang berlaku di sekeliling saya pada setiap hari. Situasi ini berlaku semasa saya ingin membayar setelah membeli makanan di sebuah kedai. Apa yang ingin saya ceritakan adalah sikap segelintir manusia yang kurang beradab.
 Hal ini kerana semasa ingin membuat pembayaran di kedai makan tersebut pelanggan akan beratur tetapi tiba-tiba datang seorang perempuan terus meluru ke kaunter pembayaran tanpa melihat saya dan beberapa rakan yang sedang beratur untuk membayar.


Gambar hiasan.

 Perempuan tersebut terus membuat pembayaran tanpa menghiraukan kami serta langsung tidak menunjukkan wajah yang manis iaitu tiada senyuman dan kata-kata maaf kerana telah memotong barisan. Sikapnya tersebut menunjukkan betapa rendahnya pengetahuan tentang adab berbahasa. Bagi saya sekiranya kita berada dalam keadaan kecemasan dan perlu membuat pembayaran seharusnya dia perlu meminta izin daripada kami yang terlebih awal tiba di kaunter tersebut. Namun keadaan sebaliknya berlaku.
 Bagi saya juga, sekiranya kita tahu berbahasa dan beradap perkara tersebut tidak akan berlaku. Seolah-olah  dia sahaja yang berada dikedai tersebut. Pengajaran daripada situasi ini adalah kita harus tahu berbahasa dengan baik dan beradap sopan. 




Kita merupakan masyarakat Melayu yang beradap sopan, oleh itu tidak seharusnya kejadian tersebut berlaku. Bahasa yang baik akan memberi persepsi yang baik kepada orang lain. Oleh itu, sebagai seorang yang tahu berbudi bahasa dan beradap sopan kita seharusnya murah dengan senyuman supaya orang disekeliling senang untuk berdamping dengan kita. InsyaAllah..


Tiba-tiba rasa teringin hendak menikmati laksa.Sedap...