Assalamualaikum..
Pernahkah kita bertemu dengan rakan kita?. Bagaimana kita memanggil rakan kita?. Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah tentang bagaimana cara remaja sekarang menegur rakan-rakan atau orang-orang disekelilingnya. Hal ini kerana terdapat pelbagai panggilan yang digunakan oleh remaja pada masa kini. Antaranya ialah:
A : Woi..Ko ingat aku tak?
B : Gilerla ko.. keta bukan main lagi..dah kaya ka skang?
C: Babi.. Hang dok mana la ni? Lama tak jumpa.. Haram sungguh.. Saheh lupa kawan-kawan.
D : Woi boroi… Hang nak p mana?
Di atas merupakan contoh-contoh panggilan yang kurang sopan yang pernah saya dengar dan hadapi sendiri. Panggilan-panggilan yang ditunjukkan di atas sering digunakan dalam kalangan remaja pada masa kini. Bagi saya walaupun seseorang rakan tersebut rapat dengan kita dan sudah biasa dengannya, kita tidak sepatutnya memanggil dengan panggilan yang ditunjukkan di atas. Budaya di atas mencerminkan sikap dan budaya yang semakin runtuh dalam kalangan masyarakat. Remaja sekarang tidak lagi tahu menghormati orang lain dan sering menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya. Bagi saya panggilan-panggilan di atas boleh ditukarkan dengan panggilan yang lebih sopan dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Sebagai orang Malaysia yang mempunyai nilai budaya yang tinggi panggilan-panggilan seperti di atas tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu, sebagai seorang belia, kita seharusnya mengubah cara percakapan kita kepada yang lebih baik dan mengikut bahasa Melayu yang betul. InsyaAllah..
0 comments:
Post a Comment