Monday, February 21, 2011

Situasi 21 : Maggi dan Colgate~

Assalamualaikum semua…

Maggi, Colgate, Cintan, Sedaap, Darlie, Mamee dan sebagainya. Pernahkah kita melihat produk-produk ini di kedai?. Jawapannya sudah tentu kita pernah melihat dan membelinya bukan. Apa yang ingin saya bicarakan di sini ialah kita sering menggunakan jenama sesuatu produk untuk membeli produk yang berjenama lain atau sering memanggil produk tersebut dengan jenama yang lain. Contohnya ubat gigi, saya pasti dalam kalangan kita jarang sekali menyebut ubat gigi tetapi menyebut Colgate. Begitu juga dengan mee segera, kita sering memanggil Maggi iaitu salah satu jenama mee segera.


Gambar-gambar tersebut merupakan jenama yang sering digunakan apabila membeli barangan yang sama jenis dengan jenama tersebut.

A : Jom teman aku p beli Maggi sat.
B : Jom…
A : ( Sampai di kedai mengambil mee segera berjenama Mamee)

Hal ini kerana persekitaran dan tahap kepopularan barangan tersebut telah mempengaruhi percakapan kita dalam kehidupan seharian. Sepatutnya kita memanggil sesuatu benda atau produk dengan nama yang betul seperti mee segera tanpa memanggil jenama produk tersebut. Tabiat ini sebenarnya sudah sekian lama bertapak dalam masyarakat kita. Oleh itu, saya kira kita seharusnya membezakan nama atau jenama sesuatu produk supaya kita dapat membezakan antara jenama-jenama produk yang terdapat di pasaran. Selain itu, tabiat ini mungkin akan diikuti oleh anak-anak kecil dan boleh mendatangkan masalah kelak apabila mereka bersekolah kerana tidak tahu membezakan jenama dan jenis produk.

4 comments:

EniE said...

awak..perkara sebegini selalunya memang berlaku...berlaku juga di dalam diri saya...

Salina Nina said...

saya juga...keh3

yaya_flanella said...

selain tu orang panggil pampers. padahal tu utk jenama pampers kan. hee. dia follow jenama siapa yang keluar dulu. ;)

Salina Nina said...

hahha... betul 2..tak pasal-pasal semua lampin pakai buang dinamakan pampers...hahah~lucu.