Assalamualaikum sebagai pembuka bicara... Perhatikan dialog di bawah.
Anak : Hang tu dok bela anak kesayangan hang ja..
Emak : Awat kurang ajaq sangat ni.
Situasi ini merupakan situasi yang saya pernah lihat sendiri. Situasi ini berlaku di kampung saya di Kedah. Apa yang diucapkan oleh anak tersebut merupakan ayat yang terlalu kasar untuk ditujukan kepada orang yang tinggi nilainya iaitu ibunya. Sepatutnya, anak tersebut mengeluarkan perkataan yang baik dan tidak meninggikan suara kepada ibunya. Perkataan ‘hang’ merupakan perkataan dialek Kedah dan dalam Bahasa Melayu perkataan tersebut merupakan kata ganti nama diri orang kedua.
Perkataan tersebut boleh dikategorikan kasar sekiranya kita ingin bercakap dengan orang yang lebih tua. Hal ini sebenarnya telah terjadi di seluruh dunia bukan hanya di kampung saya sahaja. Penggunaan ayat-ayat bahasa Melayu yang kasar yang telah diucapkan oleh anak ini mungkin disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan dan sering bercakap kasar. Oleh itu, sebagai anak kita patut menghormati ibu kita dan menggunakan bahasa yang baik dan sopan semasa berbicara dengan ibu kita.
Sayangi ibu... Sayangi Bahasa Melayu..
0 comments:
Post a Comment