Assalamualaikum…
Hari ini merupakan satu hari yang amat memenatkan ditambah pula dengan keadaan diri saya yang kurang sihat disebabkan oleh selesema. Pada waktu-waktu beginilah saya rasa kehadiran seorang ibu sangat penting dan saya sangat merindui ibu saya. Saya bukanlah hendak menceritakan perihal ibu saya tetapi ada sesuatu yang perlu saya coretkan disini ketika saya berbual dengan ibu saya semasa di kampung pada cuti Hari Raya Cina yang lalu.
Emak : Tot ( Bukan nama sebenar) tak dak dah…
Saya : La… Bila dia mati mak? Sakit apa?
Emak : Hang ni… Bukan mati la.. dia tak dak dah sebab kena tangkap ngan polis la.
Saya : OOooo… Ingatkan mati..
Cuba perhatikan perhatikan perkataan yang telah dimerahkan. Perkataan tersebut mempunyai dua makna yang berbeza. Seperti yang dapat kita lihat dalam dialog saya bersama ibu saya, penggunaan perkataan “ tak dak dah” yang bermaksud sudah tiada. Dalam situasi di atas, ibu saya ingin memberitahu saya bahawa Tot sudah ditangkap polis bermakna dia sudah tiada di kampung tersebut. Manakala saya telah salah menafsir dengan mengatakan bahawa Tot sudah mati. Hal ini kerana “ tak dak dah” boleh membawa maksud sudah tiada iaitu sudah tiada di sesuatu tempat atau meninggal dunia iaitu sudah tiada di dalam dunia ini. Oleh itu,sekiranya kita ingin menjelaskan sesuatu haruslah ia disusuli dengan perkara yang ingin diterangkan dengan jelas supaya tidak menimbulkan kekeliruan fahaman kepada orang lain. “ Tak dak dah “ yang membawa maksud sudah tiada telah menyebabkan saya terkeliru dengan mengingat orang yang diceritakan oleh ibu tersebut telah mati.
0 comments:
Post a Comment