Assalamulaikum..
Pengaruh penggunaan bahasa lisan ataupun bahasa percakapan sebenarnya banyak memberikan masalah kepada pelajar yang mengambil jurusan Bahasa Melayu. Hal ini kerana pengaruh yang kuat daripada bahasa lisan menyebabkan kita tidak dapat membezakan perkataan yang digunakan dalam bahasa lisan dan juga bahasa Melayu tinggi. Selain itu, semasa kita bercakap, menulis penulisan formal dan membuat pembentangan secara formal di dalam kelas kita sering menggunakan bahasa lisan ini. Hal ini berlaku kepada saya sendiri iaitu semasa memberi komen terhadap rakan-rakan yang membuat latihan mengajar di dalam kelas, saya telah ditegur oleh pensyarah saya iaitu En. Razali Ayob kerana menggunakan perkataan ‘kat’.
Saya : ….kat depan..
Pensyarah : bukan ‘kat’ tapi di depan..
Hal ini membuatkan saya sedar betapa besarnya pengaruh bahasa lisan ini kepada kehidupan kita. Kita telah menggunakan perkataan-perkataan tersebut sudah lama dan agak sukar untuk meninggalkannya. Oleh itu, saya berharap saya tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Hal ini kerana sebagai seorang pelajar jurusan Bahasa Melayu saya tidak seharusnya melakukan kesilapan tersebut. InsyaAllah..
0 comments:
Post a Comment