Thursday, February 24, 2011

Situasi 23 : Anak Ikan~

Assalamualaikum…


Minggu ini merupakan minggu ketujuh dan juga merupakan minggu yang dipenuhi dengan tugasan yang masih tertunggak. Namun begitu, blog ini tidak dilupakan kerana merupakan salah satu tugasan yang perlu diselesaikan. Apa yang ingin saya bicarakan adalah berkaitan perkataan yang mempunyai dua makna yang berbeza. Terdapat banyak perkataan yang mempunyai pelbagai makna yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian kita. Ikan menurut Kamus Dewan membawa maksud sejenis binatang yang hidup di dalam air dan bernafas melalui insang (bertulang belakang).  Namun kita bukanlah ingin bercerita tentang ikan tetapi :

“ANAK IKAN”

“Anak ikan” merupakan perkataan yang sering kita dengar dan juga kita gunakan. Namun tahukah anda semua bahawa “anak ikan” ini boleh membawa makna yang negatif. Saya rasa anda semua sudah tahu akan hal ini bukan.


                Anak ikan : Anak kepada ibu dan ayah ikan.
                Anak ikan : Lelaki muda yang menjadi lelaki simpanan kepada perempuan golongan berada ( mengikut kefahaman saya).



Dapat dilihat bahawa “anak ikan” mempunyai dua makna yang sangat berbeza. Penggunaan “ anak ikan” dapat dilihat dalam kalangan masyarakat kini. Apa yang membuatkan saya merasa risau adalah maksud anak ikan yang pada mulanya mempunyai maksud yang positif telah mula digunakan dengan membawa maksud yang sebaliknya untuk menggambarkan sesuatu yang tidak enak didengar.  Carian di Google Images juga lebih banyak menunjukkan gambar “anak ikan” yang membawa maksud negatif.


4 comments:

yaya_flanella said...

hee.. 1st come to mind. memang maksud anak ikan tu negative kan. ;)

Salina Nina said...

yup...memang maksud negatif melebihi maksud yang sebenarnya...haha~

Unknown said...

Anak ikan yg sebenar yakrifan adalah kita suka seseorang tapi tidak melakukan apa2 kerana trrlalu sayanh

Anonymous said...

Maksud anak ikan ialah gelaran kepada remaja lelaki yang berusia belasan tahun dan lelaki muda. Ini adalah gelaran yang biasa dilontarkan oleh lelaki "lembut" atau golongan gay kepada golongan remaja lelaki tersebut. Gelaran ini bukan didapati dari servis atau menjadi simpanan kepada golongan perempuan berada, tetapi kepada golongan lelaki "lembut" dan gay. Dan gelaran kepada remaja tersebut pun tidak semestinya remaja itu pernah sekali terlibat dengan melakukan perbuatan negatif tersebut. Kebiasaannya dalam otak mereka ini kalau ternampak lelaki muda atau remaja tersebut akan automatik berfikir atau terkeluar perkataan wahh.. lihat tu anak ikan, anak ikan