Assalamualaikum…
Tiba-tiba saya teringatkan kartun yang pernah saya tonton bersama anak saudara saya. Kartun tersebut merupakan kisah keluarga gajah yang bertajuk Jumbo Gajah Biru. Saya rasa kartun tersebut sangat menarik untuk di tonton oleh kanak-kanak. Di sini saya sertakan sinopsis cerita tersebut :
“Setelah berakhirnya pertempuran gajah terkenal, yang berani dan berjaya Jumbo menjadi gajah kerajaan untuk Raja Naresuan The Great. Luna, isteri tercinta mempunyai rahsia yang tak terungkap. Dia sekarang hamil dan bermaksud untuk kembali ke Hin Bagaimana Desa untuk melahirkan. Tanpa diduga pasukan Hongsawadee diterobos dan menghancurkan desa, menangkap semua penduduk kampung termasuk keluarga Jumbo. Dia sekarang harus memilih antara menyelamatkan nyawa orang yang dicintainya dan meninggalkan tanggungjawab tentera atau tetap berjuang untuk negara dan kehilangan orang yang dicintainya selamanya”.
Sebenarnya kartun tersebut merupakan kartun dari Thailand dan telah dialih bahasa kepada bahasa Melayu. Jalan ceritanya yang menarik dan mempunyai banyak nilai yang boleh diambil sesuai di tonton oleh semua golongan. Disebabkan cerita ini telah di alih bahasa maka, kanak-kanak yang masih belum tahu membaca dapat menontonnya. Kebaikan alih bahasa ini adalah dapat membantu kanak-kanak menguasai bahasa Melayu dan dapat menambah kosa kata baru semasa menonton. Mereka bukan sahaja dapat memahami jalan cerita bahkan boleh mengaplikasikan perkataan-perkataan baru. Bagi saya, alih bahasa cerita asing merupakan salah satu cara terbaik untuk memartabatkan bahasa Melayu dan membolehkan masyarakat lebih menghargai bahasa kebangsaan khususnya kepada masyarakat Cina, India dan lain-lain yang tidak mahir berbahasa Melayu. Terdapat banyak lagi kartun, drama yang telah di alih bahasa kepada bahasa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh kesedaran pihak-pihak tertentu dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Dialog anak saudara saya :
"Abah gajah wane biru, mama gajah wane pink, adik gajah kecik.."
p/s :Saya cadangkan untuk anda menonton di Youtube sahaja kerana lagu di blog tidak boleh di hentikan. Harap maaf.
0 comments:
Post a Comment