Assalamualaikum…
Pada minggu lepas di Taman Bernam, saya dan beberapa rakan yang baru sahaja tamat kelas EDU menaiki bas untuk ke kampus. Kelakarnya apabila bas tersebut meletakkan tanda di cerminnya yang berbunyi “PROTON SITI”. Hal ini menyebabkan kami ketawa kerana berasa sungguh lucu dengan tanda nama yang dipaparkan di hadapan bas tersebut. Tanda tersebut boleh membawa maksud PROTON itu SITI yang punya. Saya rasa Pak Cik bas tersebut sengaja meletakkan tanda sedemikian untuk kelihatan lain atau ingin melakukan sesuatu yang lucu. Bagi saya, setiap ejaan haruslah dieja dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada umum. Sepatutnya Pak Cik tersebut mengeja dengan betul iaitu “PROTON CITY” atau dia boleh menggunakan bahasa Melayu iaitu “ BANDAR PROTON” . Pada pendapat saya, pak cik pemandu bas tesebut sengaja mengeja sedemikian dan bukannya tidak tahu mengeja perkataan “CITY” tersebut untuk menarik perhtian pelajar dan merasakan ia sesuatu yang lucu. Jadi, penggunaan bahasa MElayu lebih daripada menggunakan bahasa Inggeris.
BAHASA JIWA BANGSA
0 comments:
Post a Comment