Tuesday, March 15, 2011

Situasi 37 : Aku Jerit Kau Pun Jerit ~

Assalamualaikum…

Saya terpanggil  untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa tidak wajar kita sebagai seorang bakal guru melakukan hal yang sedemikian. Apa yang ingin saya kongsikan adalah budaya menjerit-jerit memanggil rakan. Jeritannya itu boleh didengari di seluruh blok. Dia berada di tingkat atas manakala rakannya tersebut berasa satu aras dengan saya. Jeritannya yang sangat kuat menyebabkan orang lain mungkin terkejut dan menyebabkan mengganggu orang lain yang mungkin sedang tidur atau membuat tugasan.  Jeritannya itu sering berbunyi seperti ini:

“Nadia….!!!! Nadia…!!! Oiii Ko dengar x aku panggil”
“Woi… Aku dengar la nape”
“Bla…Bla…Bla…”


Mereka bersembang-sembang dengan seornag berada di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah. Suara mereka sungguh bising dan kadang kala menimbulkan kemarahan orang lain. Pada pendapat saya, sekiranya kita ingin bersembang atau bertanyakan sesuatu pergilah ke bilik atau ke rumah bukannya menjerit seperti terkena histeria. Ia merupakan suatu perbuatan yang tidak sopan sebagai seorang perempuan untuk menjerit-jerit sebegitu rupa. Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak sopan tetapi menunjukkan bahawa kita tidak tahu menghormati orang lain dan tidak beradab. 
Sudahlah bercakap dengan kuat, bahasa yang digunakan juga kadang kala sangat kasar tidak menunjukkan sifat keperempuanan dan kurang sopan. Bagi pendapat saya juga, budaya ini sebenarnya terdapat di mana-mana sahaja dan bukan sahaja berlaku di sini iaitu Kolej Harun Aminurrashid. Di sini saya bukanlah ingin memburukkan sesiapa namun perbuatan yang dilakukan tersebut sangat melampau dan mengganggu orang lain. Oleh itu, sebagai seorang guru  kita haruslah mempunyai sikap-sikap yang baik dan sopan kerana kita akan menjadi model terbaik untuk pelajar kita kelak.
 InsyaAllah…

0 comments: