Wednesday, March 16, 2011

Situasi 39 : Next,Next,Next,Next~

Assalamualaikum…

Penggunaan perkataan Inggeris  merupakan suatu belenggu masalah yang sukar dihakis. Hal ini kerana penggunaannya sudah sebati dengan kehidupan masyarakat di Malaysia. Biar pun di mana sahaja kita berada penggunaan bahasa Inggeris sering kita dengar dan perhatikan. Contohnya, penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar universiti itu sendiri. Saya mengambil contoh semasa pembentangan tugasan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan pada hari ini. Rata-ratanya akan menggunakan bahasa Inggeris walaupun sedikit. Antara perkataan yang sering digunakan adalah “next” untuk memberikan arahan kepada rakannya yang menjaga  paparan  untuk meneruskan pembentangan. Perkara ini merupakan perkara sinonim yang akan berlaku dalam setiap pembentangan yang dijalankan. Selain itu, penggunaan “ next “ ini juga digunakan untuk memanggil kumpulan seterusnya untuk membentang. Pada pendapat saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai seorang pelajar Pendidikan Bahasa Melayu kita seharusnya sedar dan tahu mengaplikasikan bahasa Melayu dalam setiap perkara yang dilakukan. Adakah susah untuk menyebut “seterusnya” bagi menggantikan perkataan “next”. Bagi saya, bukan susah untuk menyebut yang menjadi persoalannya tetapi kerana telah terbiasa dan menjadi tabiat yang sukar untuk diubah. Oleh itu, sama-samalah kita memperjuangkan bahasa Melayu  dan menggunakan setiap perkataan bahasa Melayu yang ada untuk menggantikan perkataan-perkataan Inggeris yang selalu digunakan oleh kita.

InsyaAllah…


1 comments:

panchojabarri said...

Borgata Hotel Casino & Spa - MapYRO
Hotel WiFi in rooms (normal/peak). 의왕 출장샵 3.5 부산광역 출장샵 mi · 천안 출장마사지 Borgata Hotel Casino & 광명 출장안마 Spa · Outdoor swimming pool. 경산 출장안마 1.5 mi · Borgata Hotel Casino & Spa