Assalamualaikum…
Pernahkah kita melihat peniaga di pasar berniaga. Jawapannya sudah tentu kita pernah melihatnya bukan. Sangat menarik kiranya kita pergi ke pasar untuk melihat suasana pasar yang sungguh meriah dengan pekikan-pekikan peniaga yang menjual pelbagai jenis bahan dan barangan seperti ikan, ayam, buah, sayur dan sebagainya. Kadang kala gelagat peniaga ini boleh menimbulkan kelucuan terhadap pembeli yang ingin membeli. Pelbagai cara pemujukan yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli antaranya ialah dengan harga yang rendah serta memberikan info tentang barangan yang ingin dijual serta memuji barangan yang dijualnya. Contoh ayat yang sering digunakan adalah seperti berikut :
“Kak mai beli kak…murah…murah… buah segar ni kak…”
“ 3kilo sepuluh ringgit…3 kilo sepuluh ringgit… mai bang mai beli ikan ni bang baru naek dari laut ini”
“ Kak cantik mai la tengok ikan ni segar-segar ni kak… ikan baru ni…”
Bahasa yang digunakan untuk menarik perhatian pembeli sangat menarik dan kadang kala Berjaya menarik perhatian pembeli untuk membeli. Bahasa yang digunakan adalah bahasa pemujukan. Bahasa ini menjadi sinonim kepada penjual-penjual tidak kiralah penjual di pasar, pasaraya mahupun penjual dari rumah ke rumah. Semuanya mempunyai kepakaran dalam memujuk pembeli untuk membeli. Variasi penggunaan bahasa menunjukkan bahawa bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita seharusnya berbangga dengan bahasa kita.
BAHASA JIWA BANGSA
0 comments:
Post a Comment