Assalamulaikum semua.. Bertemu lagi kita di situasi yang kedua. Disebabkan oleh perjumpaan Persatuan Bahasa Melayu maka saya dan sahabat-sahabat baik saya telah ke kampus pada malam hari rabu yang lalu. Setelah selesai perjumpaan tersebut, kami bertiga singgah di kedai runcit depan kampus. Setelah selesai membeli, saya keluar dari kedai dan menunggu di tepi tiang kedai tersebut dan melihat-lihat iklan yang ditampal di tiang tersebut. Apa yang menarik perhatian saya adalah ejaan yang digunakan serta percampuran bahasa. Hal ini menyebabkan saya mengambil gambar untuk membuktikan bahawa ramai dalam kalangan kita tidak lagi mementingkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul.
Iklan tersebut.
Penggunaan perkataan “CUTI STADY WEEK” adalah tidak sesuai. Hal ini kerana percampuran bahasa Melayu dan juga Inggeris akan menyebabkan bahasa Melayu kita rosak dan menyebabkan kita lupa bagaimana untuk menggunakan bahasa dengan betul.
Bagi saya sekiranya, beliau yang membuat iklan tersebut ingin menggunakan bahasa Inggeris tidak mengapa tetapi haruslah menggunakan bahasa Inggeris pada keseluruhan ayat bukannya mencampurkannya dengan bahasa Melayu. Tetapi lebih baik sekiranya beliau menggunakan Bahasa Melayu kerana dapat membudayakan bahasa Melayu itu sendiri dan bukannya merosakkan. saya berharap pengusaha-pengusaha Bas Catar khususnya haruslah mengambil berat dan tidak memandang enteng terhadap iklan-iklan yang ingin dipaparkan kepada umum. hal ini kerana ianya dapat merosakkan bahasa dan akan menjadi ikutan mungkin kepada remaja-remaja yang masih bersekolah. Disini saya bukanlah ingin memburukkan sesiapa namun hanya memberikan sedikit teguran dan juga peringatan buat diri saya sendiri. InsyaAllah…
0 comments:
Post a Comment