Assalamualaikum semua....
Tiba-tiba teringatkan kampung di Changlun. Alangkah indahnya dapat berada di kampung sekarang. Tapi apa yang saya hendak ceritakan sekarang adalah fenomena biasa bahasa yang sering saya gunakan bersama rakan-rakan di kampung. Penggunaan bahasa yang bercampur sudah sebati dengan budaya masyarakat sekarang. Tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris telah menyebabkan kita sendiri lupa makna perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Contoh perkataan yang sering digunakan adalah seperti berikut :
Rakan 1: Wei, padan dak baju ni ngan aku??
Rakan 2 : Hang cuba try test dulu la baru tau.
Gambar hiasan.
Penggunaan perkataan “cuba try test” tersebut sudah menjadi kebiasaan saya dan rakan-rakan. Inilah masalah yang kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah merojakkan bahasa Melayu.
Sepatutnya, penggunaan perkataan Inggeris tersebut tidak perlu digunakan sama sekali. Hal ini menunjukkan betapa kita memandang remeh hal-hal yang berkaitan dengan bahasa.
Saya berharap dan akan cuba untuk tidak mencampur-adukkan lagi bahasa. InsyaAllah..
0 comments:
Post a Comment