Monday, March 14, 2011

Situasi 36 : Bahasa Kanak-Kanak~

Assalamualaikum..
Situasi seterusnya berkaitan dengan anak saudara saya iaitu Afif. Walaupun umurnya sudah menjangkau 4 tahun namun percakapannya masih lagi pelat. Namun begitu, dia seorang yang suka bertanya. Semasa kami ke Alor Star, kami akan melalui tol dan setiap tol yang kami berhenti dia kan bertanya :

“ Ape ni abah?’
‘Nape…Nape.. Abah bagi die duit?”
“Maksu tu ape tu?”
“Maksu ade game tak?”
“Tokwan nak pegi mane tu…adik nak itot”

Bermacam-macam perkara lagi yang sering ditanya olehnya.  Sememangnya kita sebagai orang yang tua daripada mereka perlu melayan setiap pertanyaan kerana hal ini dapat menambahkan pengetahuan dan kosa kata kanak-kanak tersebut. Selain itu, kita seharusnya bercakap dengan kanak-kanak yang pelat ini dengan menggunakan perkataan yang penuh dan bukannya mengikut cara kanak-kanak itu bercakap. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut lambat untuk bercakap dengan betul. Oleh itu, sekiranya kita mempunyai anak saudara atau anak sendiri sekalipun janganlah kita mengikut mereka bercakap pelat kerana akan menyebabkan mereka tidak belajar untuk bercakap secara betul. Sikap sering bertanya ini akan berterusan sehingga kita dewasa dan seharusnya kita menggalakkan mereka untuk bertanya sesuatu yang mereka tidak tahu. Oleh itu, gunakanlah bahasa Melayu yang betul sebutannya terhadap kanak-kanak supaya kosa kata dalam  otak mereka bertambah.  

0 comments: